Wednesday 5 September 2012

Allah itu sentiasa ada dengan kita..

5th September 2012..

Aku tak tahu kenapa ngan tarikh nie.. Allah uji aku macam2 dalam bulan Spetember.. Tape, aku terima dugaan dan ketentuannya.. Pahit manis, aku akan tanggung semua tu.. Ya, mungkin ada hikmah di sebalik smua kejadian ini berlaku.. Aku tak salahkan sesiapa.. Diri sendiri juga punca keadaan ini berlaku..
Setiap yang berlaku tu, pasti ada yang tersembunyi maknanya.. Kita tak tahu apa akan jadi pada masa hadapan.. Dengan siapa kita akan hidup bersama, berjayakah kita kelak.. Tu semua telah ditentukan oleh Allah.. Dia dah create perjalanan hidup kita dengan sempurna.. Kita sebagai khalifah di muka bumiNya, ditugaskan menjalankan amanah Nya dengan sebaik mingkin.. Aku bersyukur mempunyai keluarga yang sangat memahami setiap inci kelakuan ku.. Bukan senang orang lain nak terima kita seadanya sperti mana family kita menerima kita.. Kita membesar dengan mereka sejak kita celik mata di muka bumi nie.. Mengapa mereka yang kita mesti kita ketepikan.. Allah itu adil.. Mungkin kita sedih hari ini, tapi akan bahagia untuk hari esok dan seterusnya.. Jangan pertikaikan kenapa mesti semua ini berlaku.. Itu menunujukkan yang kita nie tidak bersyukur dengan pemberianNya.. Allah menguji kita dengan pelbagai cabaran kerana Dia sangat menyayangi kita.. Sekarang aku nampak, rupanya Allah tu masih lagi mengambil tahu tentang diriku yang hina dan jahil nie.. Pernah dengar kan, Jika kita lupa siapa pencipta kita (ALLAH), asal usul kita, maka begitu juga dengan Dia.. Dia akan melupakan kita bahawa kita salah seorang makhluknya.. Sejahat jahat manusia itu adalah sebaik2 jin.. Umur kita semakin lama, semakin meningkat.. Kita pun tak tahu bila kita akan meninggalkan dunia ini.. Semoga apa yang telah berlaku akan menjadi pengajaran buat diriku selama lamanya.. Bukan mudah nak lupakan apa yang terjadi.. Perlu mengambil masa untuk membentuk semula diri sendiri.. Berapa lama itu terpulang kepada diri sendiri.. Kita sendiri yang tahu mana kelemahan kita, mana kekuatan kita.. Percaya pada diri, itu yang penting.. Selagi kita punya ibu bapa, hargailah mereka.. Jangan bila mereka sudah tiada, barulah kita nak menyesal.. Mintalah kemaafan kepada insan2 yang telah kita lukakan hatinya.. Sesungguhnya, perkataan maaf itu sangat mulia di sisiNya.. Redha itu penting.. jalanilah kehidupan dengan Redha dariNya, dan juga redha dari ibu bapa.. Muhasabah diri sindiri..

No comments:

Post a Comment