Sunday, 17 June 2012

Even kita tak macam couple lain...


Mohd Khaizir bin Mohamad Abani..
Dia lah yang bertakhta di hati ini selama 2 tahun lebih..
Tempat mengadu, tempat bergaduh, tempat bersenda gurau..
Tidak pernah mengeluh melayan perangai diri ini..



Walaupun kadang2 perangai diri ini sangat menyakitkan hati, dia tak pernah merungut melayan perangaiku..
Apa kemahuan ku, pasti akan dituruti olehnya..
Ke mana saja aku ingin pergi, dia akan membawa ku..
Sejauh mana pun aku berlari, dia akan mengejarku..


Sangat memahami perangai kebudak budak kan aku..
Sangat mengambil berat terhadapku..
Sentiasa melindungi aku..
Sentiasa memberi semangat kepada ku ketika aku sudah berputus asa..
Sentiasa memberi nasihat kepada ku..
Selalu melakukan yang terbaik untuk diriku, even dia selalu merendah diri dengan kelemahannya..
Sentiasa menyokong keputusan ku..
Sentiasa bersama susah dan senang..
Pendengar setia setiap keluhan hatiku, cerita2 ku, angan2 ku..
Even diri ini tak selemah lembut perempuan lain, dia sentiasa menerima diri ini seadanya..
Kekurangan, kelebihan diri ini, semua dalam kamus hidupnya..
Dia selalu membuat ku ketawa..
Tidak pernah memaksa ku untuk berubah walaupun aku tahu, dia penat melayan perangai aku yang tersangat la annoying..


Sentiasa menyayangi dirimu sayang..
Terima kasih untuk segalanya..
Bahagia berkongsi kasih denganmu selama kita berkawan..
Semoga hubungan kita ini kekal selamanya dan diredhai olehNya..
I MISS YOU TOO MUCH!!

No comments:

Post a Comment